SEJARAH SEKOLAH

Pada awal tahun 1995,para penduduk kawasan perumahan LRMD Bandar Sultan Sulaiman mengadakan mesyuarat bertujuan mencari tapak untuk dijadikan surau. Akhirnya atas kesedaran untuk menegakkan syariat islam salah seorang penduduk di kawasan ini yang juga pengerusi sekolah ini sekarang telah menawarkan rumah beliau sebagai surau sementara sehingga tapak yang sesuai di perolehi. Atas kegigihan serta usaha AJK secara berterusan surau sementara mula menerima sumbangan secara tidak rasmi dari para penduduk setempat yang bersimpati dengan keadaan persekitaran surau.Ada yang menyumbangkan wang ringgit, lampu, kipas angin, permaidani, tika dan sebagainya.

Pada pertengahan tahun 1995, setelah kewajipan yang pertama iaitu menunaikan solat secara berjemaah telah dapat didirikan di kawasan perumahan ini, maka suatu mesyuarat sekali lagi diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan pula sebuah sekolah agama @ SAR. Ini kerana 85% daripada majority penduduk di sini beragama islam dan berbangsa melayu. Tetapi sekolah SAR yang terdekat sekali terletak di pekan pelabuhan Klang yang jaraknya 5km dari kawasan perumahan ini.Maka ramailah anak-anak mereka tidak bersekolah agama.
Pada akhir tahun 1995, permahonan dikemukakan kepada pendaftar sekolah-sekolah agama islam negeri Selangor untuk mewujudkan Sekolah Agama Rakyat.

Kelulusan diperolehi dari pendaftar sekolah-sekolah agama islam negeri Selangor. Setelah kelulusan diperoleh AJK untuk SAR dilantik. Perlantikan dibuat bertujuan untuk menyusun strategi bagi mengumpul dana untuk membina kelas yang lebih sempurna. Salah satu inisiatif yang dibuat adalah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor untuk mengutip derma dari orang ramai. Setelah gerak kerja tersebut berhasil mengumpulkan dana yang agak memberansangkan, maka pembinaan bangunan sekolah dimulakan.

Pada tahun 1997, sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina, kelas agama telah dimulakan dengan menggunakan rumah yang juga surau oleh penduduk setempat. Sebagai permulaan hanya 4 kelas sahaja  yang dapat diadakan. Dengan murid-murid berjumlah sebanyak 80 orang manakala tenaga pengajar hanya 2 orang didalam sebuah bangunan yang keluasannya lebih kurang 720 kaki persegi itu pun setelah diubahsuai rumah tersebut.



Pada tahun 1998, bangunan sekolah telah siap dibina. Hanya satu bangunan induk sahaja tersedia. Sedangkan muri-murid adalah seramai 187 orang dengan tenaga pengajar seramai 6 orang. Kali ini kelas diadakan dalam dua sesi mengikut kepada jadual persekolahan sekolah kebangsaan. Dengan kerjasama penduduk setempat, satu gotong royong diadakan bagi membina serta memperluaskan kelas yang sedia ada untuk menjamin keselesaan pelajar. Peruntukan diperolehi dari hasil derma para penduduk yang perihatin. Maka dapatlah diasingkan murid-murid mengikut kelas masing-masing.
 
Pada tahun 1999, atas kecemerlangan dan keterampilan yang menarik, sekolah ini berjaya menarik perhatian ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Sekolah ini telah menerima kemasukan pelajar seramai 29 orang murid. Peningkatan yang begitu memberangsangkan kira-kira 4 kali ganda sejak mula penubuhan pada tahun 1997.
Pada tahun 2003, seramai 7 orang guru fardhu ain diambil sebagai tenaga pengajar memandangkan kemasukan murid-murid yang sangat memberasangkan. Oleh kerana peningkatan kemasukan murid pada tahun 2003, sebuah lagi kelas di tambah di hujung bangunan kelas. ini bermakna bilangan kelas yang terdapat di dalam bangunan itu adalah sebanyak 5 buah kelas. 

Sebuah kantin dibina pada tahun 2006 untuk memudahkan murid-murid berehat sambil menikmati makanan yang disediakan oleh pihak kantin. Pengambilan guru sebagai tenaga pengajar di sekolah ini juga kian meningkat memandangkan peningkatan kemasukan murid-murid ke sekolah ini.
Pada hujung tahun 2008, sebuah bangunan dua tingkat telah di bina yang terdiri daripada sebuah pejabat pentadbiran, bilik guru dan 2 buah kelas bagi melicinkan pentadbiran serta menangani masalah kekurangan kelas.
Kemudahan infrastruktur diperbanyakan pada tahun berikutnya. Sebuah garaj kereta di bina pada hujung tahun 2013 bagi kemudahan guru-guru yang menetap jauh dari sekolah. Sebuah pondok rehat di bina untuk memudahkan pelajar berehat serta melakukan aktiviti berfaedah di sana.

Dari awal penubuhan sekolah ini sehingga hujung tahun 2009, sekolah ini telah di pimpin oleh seorang ketua guru yang bernama  Aishah bt Abd Kadir. Beliau sangat bertungkus lumus di dalam membangunkan sekolah ini sejak dari awal penubuhannya. Beliau memfokuskan dari aspek pembangunan sekolah ini.
Pada awal tahun 2010, tampuk kepimpinan kemudiannya bertukar tangan. Seorang guru yang bernama Sanatan bt Halidak mengambil alih jawatan sebagai ketua guru di sekolah ini. Di dalam tempoh pentadbirannya, beliau amat memfokuskan dari segi akademik pelajar. Berkat usaha gigih beliau, sekolah ini telah mencatatkan rekodnya yang sendiri di dalam akademik dimana pada tahun 2012, bilangan pelajar cemerlang didalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA(UPKK) telah mencatatkan seramai 36 orang. manakala bagi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) telah mencatatkan seramai 6 orang yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut.Sekolah ini juga mendapat anugerah pengurusan SAR KAFA terbaik 2013 Negeri Selangor.

Pada 16 november 2013 sekolah ini telah menerima seorang lagi ketua guru yang bernama Suzainah bt Sait Looi untuk terus menerajui sekolah ini kearah kecemerlangan dari segi pembangunan,pentadbiran dan akademik.Sehingga kini sekolah ini mempunyai 16 orang tenaga pengajar dan 535 orang murid.

No comments:

Post a Comment