Wednesday 14 May 2014

AMALI MANDI WAJIB



Panitia subjek Fekah telah mengadakan 'amali mandi wajib' untuk menambahkan lagi kefahaman yang lebih baik tentang asas-asas mandi wajib dikalangan pelajar yang dibimbing oleh Ustaz Muhd Fadhil Bin Muhd Parof .
Dengan itu , para pelajar dapat memanfaatkan ilmu ini untuk dipratikkan dalam kehidupan yang sebenar .
Mudah-mudahan kita dapat beramal akan sesuatu ibadah itu  berdasarkan ilmu yang betul dan menepati syariatullah dan sunnah rasulNya .







AKHLAK CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG

KEMAHIRAN AMAL ISLAMI(KAMIL) SEKOLAH 2013

Pada 25 Mac 2013 , Sekolah telah mengadakan pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat sekolah . 
Program ini bertujuan mencungkil bakat para pelajar dan meningkatkan potensi dalaman diri pelajar .
Melalui program ini  hubungan silaturrahim dapat dieratkan antara para pelajar dan guru .


Berikut antara perjalanan pertandingan KAMIL sepanjang berlangsung disekolah :

1) Pertandingan Tilawah Al Quran








2) Pertandingan Hafazan



3) Pertandingan Kuiz Tauhid








4) Kuiz Bahasa Arab






5) Pertandingan Tulisan Khat







6)Pertandingan Menulis Imla'








7) Pertandingan Menulis Jawi





8) Pertandingan Muhawarah









AKHLAK CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG


SOBAHAL KHOIR



Pada setiap pagi para pelajar akan beratur dan mendengar ucapan daripada guru yang bertugas sebelum masuk ke dalam kelas.
Setiap pelajar yang hadir lewat ke sekolah tanpa sebab pula akan dikenakan tindakan disiplin .

Para pelajar akan sentiasa diingatkan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri , persekitaran sekolah dan kelas masing-masing .
Para  pelajar juga akan diingatkan tentang peraturan dan disiplin sepanjang di berada disekolah.
Guru akan menasihati para pelajar  tentang penerapan nilai-nilai murni dan akhlak mulia antara sesama manusia dan semua makhluk ciptaan Allah .

Seterusnya , para pelajar akan masuk ke kelas secara teratur dan tersusun dengan penuh berdisiplin mengikut kelas untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) .

SELAMAT DATANG



 اهلا وسهلا و مرحبا بكم . السلام عليكم ورحمة الله .


Selamat Datang ke laman Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Bandar Sultan Suleiman.

Blog ini mengemaskinikan segala aktiviti para pelajar dan guru sepanjang tahun .

Segala pengumuman dan maklumat terkini sekolah akan dikemaskinikan di laman web ini dari semasa ke semasa .

Moga guru-guru dan para pelajar dapat mencapai visi dan misi sekolah kerana Allah dengan jayanya.

Insyaallah.



AKHLAK CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG